DALAM sehari dua ini perkembangan yang berlaku di Utara dan Selatan tanah air telah mencuri perhatian ramai termasuklah Belalang. Di Pulau Pinang, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang parti pimpinannya telah melebarkan... Klik di sini untuk terus membaca

DALAM sehari dua ini perkembangan yang berlaku di Utara dan Selatan tanah air telah mencuri perhatian ramai termasuklah Belalang.

Di Pulau Pinang, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang parti pimpinannya telah melebarkan sayap ke Semenanjung telah mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat di Paya Terubong yang majoritinya adalah berbangsa Cina.

Amat jelas sekali keberadaannya di sana adalah untuk mempromosikan Parti Warisan yang merupakan sebuah parti berbilang bangsa.

Bagi Shafie, parti berbilang bangsa adalah langkah betul untuk masa depan Malaysia. Di atas kepercayaan itulah, maka Warisan melebarkan sayapnya ke Semenanjung.

Di dalam pertemuan di Pulau Pinang itu, beliau disambut bagaikan seorang superstar.

Ramai yang ingin bergambar dengannya seolah-olah mereka bertemu seorang artis popular.

Dengan senyuman yang tidak putus beliau tidak menghampakan walau satu pun permintaan. Beliau melayan persis seorang ahli politik.

Dan yang paling menarik ialah beliau menerokai satu 'daerah' yang asing iaitu dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.

Beliau telah keluar dari kepompong dan bayang-bayang UMNO iaitu sebuah platform yang beliau daki sedikit demi sedikit sehingga sampai ke tahap naib presiden.

Kemudian berlaku krisis kepimpinan dalam UMNO ekoran krisis 1MDB dan beliau muncul dengan partinya sendiri yang dinamakan Parti Warisan Sabah. Kini parti itu menjadi Parti Warisan dan boleh bergerak di Semenanjung serta Sabah.

Walaupun berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum 2018 tetapi beliau gagal membentuk semula kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Sabah 2020.

Masih belum jelas bagaimana beliau dan Warisan mampu meluaskan pengaruh dalam kalangan pengundi Melayu tapi kehadirannya dalam kalangan masyarakat Cina dalam program di Pulau Pinang dan disambut meriah memperlihatkan sesuatu.

Di Selatan tanah air di Johor Bahru pula ada sesuatu yang turut mencuri perhatian ramai.

Ia adalah pertemuan di antara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pertemuan itu berlangsung dua hari selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang salah satu agenda perbincangannya dikatakan mengenai Pilihan Raya Negeri Johor.

Sebagaimana yang semua sudah sedia maklum kepimpinan negeri cuma ada kelebihan satu kerusi sahaja daripada pembangkang ekoran kematian bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian baru-baru ini.

Walaupun tuan yang empunya badan menafikan pertemuan itu ada kena mengena dengan PRN tetapi apabila orang politik menafikan sesuatu, maka anggapan ramai ialah itulah yang betul.

Belalang - Tidak pernah menafikan apa-apa

Klik di sini untuk terus membaca