[INFOGRAFIK] PENANGGUHAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada 13 hingga 15 Januari 2022 ke 16 hingga 19 Mac depan dilihat sebagai medan penting sama ada parti itu perlu membuat pemilihan awal atau bertegas untuk melaksanakannya selepas... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] PENANGGUHAN Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pada 13 hingga 15 Januari 2022 ke 16 hingga 19 Mac depan dilihat sebagai medan penting sama ada parti itu perlu membuat pemilihan awal atau bertegas untuk melaksanakannya selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Di samping pemerhati politik melihat kewajaran usul dan penekanan jawapan perlu dilakukan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, UMNO perlu mencorak langkah yang relevan supaya parti itu kembali menguasai tampuk pemerintahan negara selepas ini.

Biarpun secara tradisinya UMNO jarang mengadakan pemilihan parti sebelum PRU, jadi jika Presiden UMNO merasakan tiada keperluan dan dipersetujui oleh Ahli Majlis Tertinggi (MKT) maka ahli dan penyokong UMNO perlu menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka dan reda supaya mereka boleh memberi fokus kepada PRU.

Namun, jika akar umbi mendesak keperluan mempercepatkan pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti, maka Presiden UMNO kena perlu pertegaskannya dalam ucapan dasar pada PAU 2021 nanti.

Justeru, MKT serta Presiden UMNO perlu pertegaskan bila tarikh dan alasan sesuai untuk adakan pemilihan sama ada sebelum atau selepas PRU15.

Dengan hanya berbaki lebih setahun sebelum PRU15 diadakan berdasarkan kiraan penggal yang sepatutnya, nescaya hala tuju UMNO akan ditentukan dalam persidangan melibatkan semua 14 perwakilan daripada setiap bahagian parti secara bersemuka itu nanti.

Atur cara majlis PAU 2021 - INFOGRAFIK OLEH NURUL AMALINA ABD MUTALIB

Klik di sini untuk terus membaca