[INFOGRAFIK] Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan rakyat di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar.Bencana alam tersebut sering dilaporkan berlaku pada setiap tahun apabila Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh tiba... Klik di sini untuk terus membaca
[INFOGRAFIK] Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan rakyat di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar.

Bencana alam tersebut sering dilaporkan berlaku pada setiap tahun apabila Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh tiba dari November hingga Mac tahun berikutnya.

Pada ketika itu, laporan mengenai bencana alam tersebut akan muncul di kaca TV mahupun dada akhbar tempatan.

Banjir yang dikaitkan dengan fenomena alam itu bukan sahaja merosakkan harta benda malah turut mengorbankan nyawa penduduk setempat.

Bencana tersebut dilaporkan berlaku akibat taburan hujan luar biasa, air pasang besar dan taufan tropika yang melanda akibat perubahan cuaca.



Di samping itu, banjir juga berlaku disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri seperti pembalakan haram, pembangunan tidak terkawal dan pembuangan sampah sesuka hati.

Di negara kita, banjir dilaporkan telah berlaku sejak sembilan dekad yang lalu sebelum dunia memasuki alaf 2000 lagi.

Banjir pertama dilaporkan berlaku pada 1927 ketika negara ini masih lagi berada di bawah jajahan British dan menggunakan nama Tanah Melayu.

Ia telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan yang besar di beberapa buah negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Berikut ialah Peristiwa banjir besar di Malaysia dalam tempoh 94 tahun yang dilaporkan dari 1927 hingga 2021.

Klik di sini untuk terus membaca