SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan melayan sebarang spekulasi mengenai dakwaan kononnya terdapat dua menteri kabinet daripada parti berkenaan akan melompat dan menyertai UMNO dalam masa terdekat. Ketua... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) enggan melayan sebarang spekulasi mengenai dakwaan kononnya terdapat dua menteri kabinet daripada parti berkenaan akan melompat dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi wartawan Sinar Premium berkata, Bersatu tidak mahu melayan spekulasi berkenaan kerana terlalu banyak khabar angin bertiup menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

"Terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan terutama apabila kita semakin hampir dengan PRN Johor. Bagi saya, biarlah spekulasi tinggal spekulasi," katanya dalam jawapan ringkas kepada wartawan Sinar Premium pada Isnin.

Wan Saiful berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal berita pro-UMNO yang mendedahkan dua menteri daripada Bersatu dikatakan mahu melompat kembali untuk menyertai UMNO, menurut sumber. Perkara tersebut juga semakin bertiup kencang.

Lapor portal itu salah seorang menteri yang mahu melompat itu merupakan bekas ahli UMNO yang agak senior, manakala seorang lagi individu pula agak muda.

Menteri senior tersebut memegang jawatan kanan dalam parti Bersatu manakala menteri yang agak muda pula hanya memegang jawatan biasa tetapi berstatus menteri.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin Bersatu Johor termasuk bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad dan bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan keluar Bersatu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu termasuklah Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Klik di sini untuk terus membaca