[INFOGRAFIK] Sebanyak 10 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijangka menjadi tumpuan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac 2022. Ia susulan majoriti tipis dimenangi oleh penyandangnya... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Sebanyak 10 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dijangka menjadi tumpuan parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Mac 2022.

Ia susulan majoriti tipis dimenangi oleh penyandangnya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas.

Kesemua kerusi tersebut mencatatkan majoriti tipis kurang daripada 1,000 undi, sekali gus meningkatkan risiko kepada penyandangnya untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada PRN negeri itu nanti.

Kerusi-kerusi tersebut terdiri daripada Buloh Kasap, Pemanis, Sungai Balang, Semerah, Parit Raja, Senggarang, Machap, Layang-Layang, Paloh dan Kukup.

Enam daripada kerusi yang dinyatakan itu tadi disandang oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Buloh Kasap, Sungai Balang, Parit Raja, Machap, Layang-Layang, Paloh dan Kukup.

Sementara empat lagi kerusi disandang oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu Pemanis, Semerah, Senggarang dan Paloh.

Bagi kerusi disandang BN, kesemua enam kerusi yang memiliki majoriti tipis itu dimenangi UMNO pada PRU14.

Bagi PH, pula dua kerusi disandang oleh Parti Keadilan (PKR) iaitu Pemanis dan Semerah manakala satu milik Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu Senggarang dan satu lagi milik Parti Tindakan Demokratik (DAP) iaitu Paloh.

Bagaimanapun, lima daripada kerusi panas tersebut dilihat berisiko tinggi untuk terlepas ke tangan lawan pada PRN nanti susulan jumlah majoriti diperoleh berada di bawah 500 undi.

Kerusi-kerusi tersebut ialah Pemanis, Sungai Balang, Semerah, Machap dan Layang-Layang.

Kerusi paling berisiko dilihat terletak di Semerah yang disandang oleh Khuzzan Abu Bakar dengan majoriti undi sebanyak 98.

Selain itu, kerusi Sungai Balang yang disandang oleh Zaiton Ismail juga berdepan risiko sama apabila majoriti diraih pada PRU ke-14 sekitar 174 undi sahaja.

Pada 9 Februari lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac 2022.

PRN tersebut diadakan selepas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat memaklumkan pembubaran DUN negeri itu kepada SPR pada 23 Januari 2022.

Pembubaran tersebut diperkenankan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Januari 2022 bagi memberi laluan kepada PRN di negeri itu.

Terdahulu, Johor sedia mempertimbangkan PRN susulan kedudukan kerajaan negeri sedia ada hanya mempunyai kelebihan tipis dengan satu majoriti kerusi.

Perkara tersebut disuarakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian pada 21 Disember 2021.

Klik di sini untuk terus membaca