SHAH ALAM - Siapa sangka baru sebulan melanggan Sinar Premium, seorang guru berjaya menjadi pemenang bertuah Peraduan Langgan Portal Berita Sinar Premium minggu keenam dan membawa pulang hadiah berjumlah RM2,500.
Wan Nur Syakirah Wan Abd Rahim, 26, berkata, dia sangat gembira kerana ini merupakan pertama kali dia memenangi sebarang peraduan seumur hidup walaupun baru melanggan Sinar Premium pada bulan Januari lalu.
"Saya sangat gembira dan tidak sangka saya akan menang peraduan ini kerana baru sahaja melanggan Sinar Premium yang berharga RM18.60 iaitu pakej untuk tiga bulan sebulan yang lalu.
"Ini merupakan kali pertama saya menang apa-apa peraduan dalam hidup dan tidak pernah merasa bertuah seperti ini,” katanya kepada Sinar Premium.
Wan Nur Syakirah yang berasal dari Machang, Kelantan itu berkata, dia tidak tahu mengenai peraduan itu dan hanya melanggan untuk mendapat akses kepada berita yang lebih eksklusif dan kritis.
"Pada mulanya, saya melanggan e-paper Sinar Harian sahaja, namun saya merasakan perlu untuk melanggan Sinar Premium juga agar saya mendapat akses kepada semua berita menarik dan eksklusif.
"Apabila saya melanggan Sinar Premium, ia lebih mudah untuk saya membaca berita secara online pada bila-bila masa,” katanya.
Selain itu, Syakirah amat menggemari segmen laporan khas yang dikeluarkan oleh Sinar Premium kerana ia sangat menarik dan informatif buat pembaca.
"Setakat ini, saya rasa sangat berbaloi melanggan Sinar Premium kerana kita boleh membaca berita semasa dengan pantas.
"Saya paling suka dengan laporan-laporan khas yang disediakan oleh Sinar Premium kerana sangat eksklusif dan menarik,” katanya.
Syakirah juga merasakan bahawa kandungan berita Sinar Premium sangat berbaloi untuk dilanggan dan menggalakkan orang ramai untuk melanggan portal berita itu.
Klik di sini untuk terus membaca