SETIAP kali kempen pilihan raya diadakan, panji bendera merupakan salah senjata utama yang wajib digunakan oleh sesebuah parti untuk menunjukkan simbolik perjuangan mereka kepada pengundi.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini, strategi perang sama juga diguna pakai oleh setiap parti untuk bersaing.
Kuda Kepang sendiri telah menyaksikan corak pelaksanaan strategi bendera yang dipasang di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Ada di sesetengah kawasan, bendera parti dengan berbagai warna dilihat menghiasi sepanjang jalan dan menjadi tatapan penduduk.
Sudah tentu objektif peletakan bendera adalah untuk menunjukkan semangat perjuangan dan kesediaan parti untuk berkhidmat pada rakyat.
Namun, Kuda Kepang dapati ada bendera parti yang dilihat 'suram' jika dibandingkan dengan bendera parti-parti lain.
Bukan kerana kalah dari segi jumlah bendera, tetapi kerana 'tenggelam' dengan bendera parti-parti lain yang mempunyai warna cerah, terang serta sinonim dengan hati rakyat.
Tambahan pula, jika bendera seperti itu berdiri sebaris bersama-sama bendera parti lain, sudah tentu orang tak akan perasan kewujudannya.
Dalam peperangan panji bendera, logo dan pemilihan warna memainkan peranan penting bagi memastikan rakyat boleh nampak kekuatan parti seterusnya mampu mempengaruhi sokongan undi.
Bagaimanapun, Kuda Kepang harap supaya persediaan kempen yang dilakukan oleh setiap parti sama ada dari segi bendera, poster dan bunting dapat memberi hasil yang baik dalam kempen PRN Johor kali ini.
Klik di sini untuk terus membaca