[INFOGRAFIK] Pada Selasa, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan masing-masing secara one-off sehingga RM10,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada Selasa, kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan masing-masing secara one-off sehingga RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Kebenaran dalam bentuk pengeluaran khas itu bertujuan membantu rakyat memulihkan kembali ekonomi mereka setelah terjejas teruk akibat Covid-19.

Ini kerana masih ramai dalam kalangan rakyat di negara ini yang belum pulih sepenuhnya daripada impak wabak berkenaan, terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan.

Terdahulu, majoriti rakyat yang terjejas akibat Covid-19 mendesak kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang caruman mereka buat kali terakhir secara ‘one-off’.

Desakan tersebut turut diperjuangkan oleh beberapa pemimpin politik, sama ada daripada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Antara mereka yang lantang memperjuangkan pengeluaran buat kali terakhir itu ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuk dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kedua-dua figura politik itu mencadangkan supaya KWSP membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ bagi membantu rakyat memulihkan kembali ekonomi mereka, terutamanya yang kehilangan sumber pendpatan.

Sejarah pengeluaran caruman wang KWSP dimulakan ketika era pemerintahan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020 ketika Covid-19 menular di Malaysia.

Pengeluaran tersebut dibenarkan bagi membantu, sekali gus mengurangkan beban majoriti rakyat yang terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan.

Sehubungan itu, buat julung-julung kalinya pencarum dapat menggunakan wang disimpan tanpa menunggu usia syarat wajib pengeluaran iaitu 55 tahun.

Setakat ini, KWSP telah menyalurkan pengeluaran sebanyak RM101bilion, sekali gus memberi manfaat kepada 7.34 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.6 juta ahli berumur di bawah 55 tahun.

Kemudahan pengeluaran tersebut dibuat menerusi tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Pembayaran tersebut dibuat dalam tempoh setahun bermula dari April 2020 sehingga Disember 2021.

Klik di sini untuk terus membaca