[INFOGRAFIK] MACAU Scam merupakan sindiket penipuan telekomunikasi yang dipercayai berasal dari Taiwan dan China. Ia dinamakan sebagai Macau Scam kerana taktik tersebut dikesan buat pertama kalinya di wilayah autonomi Macau. Biasanya,... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] MACAU Scam merupakan sindiket penipuan telekomunikasi yang dipercayai berasal dari Taiwan dan China.

Ia dinamakan sebagai Macau Scam kerana taktik tersebut dikesan buat pertama kalinya di wilayah autonomi Macau.

Biasanya, sindiket menggunakan talian antarabangsa atau tempatan untuk menjerat mangsa agar menyerahkan sejumlah wang yang besar kepada mereka.

Kini, sindiket penipuan tersebut telah menular ke seluruh negara Asia, termasuk Malaysia sehingga mengakibatkan kerugian bernilai ratusan juta ringgit.

Sebanyak 1,585 kes penipuan Macau Scam disiasat pada tahun lalu membabitkan kerugian berjumlah RM580 juta, menurut Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam tempoh tersebut, seramai 9,646 individu ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan.

Modus operandi sindiket Macau Scam merangkumi pelbagai taktik, termasuk menyamar sebagai pegawai polis.

Sindiket akan memperdaya mangsa dengan menuduh kononnya nama, kad pengenalan dan akaun bank mereka dikaitkan dengan perlakuan jenayah berata seperti edar dadah serta penggubahan wang haram.

Susulan itu, sindiket akan memaksa mangsa membayar sejumlah wang bagi mengelakan diri mereka dikenakan tindakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya turut mengesan modus operandi terkini sindiket iaitu memperdayakan mangsa atas nama 'bantuan kerajaan'.

"Mangsa akan dihubungi menerusi panggilan telefon dan sekiranya mahu menerima bantuan itu, mangsa diminta menyerahkan ID (pengenalan pengguna) dan kata laluan perbankan dalam talian.

"Ia kononnya untuk memudahkan proses pembayaran bantuan, namun selepas ID dan kata laluan diberikan, mangsa mendapati wang dalam akaun simpanan mereka lesap atau berkurangan," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca