[INFOGRAFIK] IMPORT sejadah Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak RM32.5 juta kepada RM80.2 juta pada 2021 berbanding RM47.7 juta pada 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Peningkatan tersebut dicatatkan selepas kerajaan membenarkan... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] IMPORT sejadah Malaysia dilaporkan meningkat sebanyak RM32.5 juta kepada RM80.2 juta pada 2021 berbanding RM47.7 juta pada 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Peningkatan tersebut dicatatkan selepas kerajaan membenarkan orang ramai menunaikan solat secara berjemaah di masjid dengan syarat mereka membawa sejadah sendiri.

Jumlah import tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 21 tahun sejak 2000.

Sementara import terendah sejadah yang dicatatkan pula ialah pada 2002 iaitu sebanyak RM15.8 juta.

Situasi tersebut berlaku selepas Covid-19 menular ke seluruh dunia bermula dari 2020 sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, trend import sejadah Malaysia dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dilihat meningkat setiap kali menjelang Ramadan.

Pada Ramadan 2019, jumlah import yang dicatatkan ialah RM7.8 juta namun pada Ramadan berikutnya jumlah tersebut menyusut kepada RM4.5 juta.

Bagaimanapun, jumlah import sejadah Malaysia kembali meningkat kepada RM10.1 juta pada Ramadan 2021.

Untuk rekod, import tertinggi sejadah Malaysia pada 2021 datangnya dari China, Turki dan Indonesia.

Jumlah tersebut dianggarkan bernilai RM65.6 juta yang mana China merupakan penyumbang terbesar import, diikuti oleh Turki dan Indonesia.

Klik di sini untuk terus membaca