[INFOGRAFIK] TERDAPAT seramai 2,668 bilionaire berada di seluruh dunia, menurut laporan tahunan ke-36 "Senarai Bilionaire Dunia Forbes: Manusia Paling Kaya 2022”. Laporan tersebut menjelaskan, kesemua mereka datang dari 75 buah negara di... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] TERDAPAT seramai 2,668 bilionaire berada di seluruh dunia, menurut laporan tahunan ke-36 "Senarai Bilionaire Dunia Forbes: Manusia Paling Kaya 2022”.

Laporan tersebut menjelaskan, kesemua mereka datang dari 75 buah negara di seluruh dunia dengan kekayaan menakjubkan hasil perniagaan dijalankan.

Daripada jumlah tersebut, 128 datang dari enam buah negara ASEAN yang terdiri daripada Indonesia, Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Nilai keseluruhan kekayaan bilionaire dari negara-negara ASEAN itu dianggarkan bernilai AS$448 bilion (RM1.8 trilion).

Rata-rata mereka mencipta kekayaan hasil usaha keras menyertai pelbagai bidang perniagaan seperti hartanah, kesihatan, kewangan dan pelaburan.

Sementara itu, majalah tersebut melaporkan Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang memiliki paling ramai bilionaire.

Negara itu mencatatkan jumlah bilionaire seramai 735 orang dengan kekayaan keseluruhan bernilai AS$4.7 trilion.

Manusia paling kaya di negara itu sudah tentu ialah Elon Musk yang berada di tangga teratas dalam "Senarai Bilionaire Dunia Frobes: Manusia Paling Kaya 2022”.

Klik di sini untuk terus membaca