[INFOGRAFIK] PENGELUARAN getah asli Malaysia merosot sebanyak 39 peratus kepada 29,920 tan pada Februari berbanding 49,087 pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, stok getah asli meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 318,699 tan pada Februari berbanding 310,002 tan pada Januari.
Peningkatan tersebut disumbangkan oleh kilang memproses sebanyak 93.5 peratus, kilang pengguna getah (6.4 peratus) dan estet getah (0.1 peratus), tambahnya.
Sementara itu, China kekal menjadi pengimport utama getah asli Malaysia dengan mendominasi 50.8 peratus daripada eskport keseluruhan getah negara.
Ia dikuti oleh Amerika Syarikat di tempat kedua dengan nilai eskport sebanyak 5.1 peratus, Jerman (3.5 peratus), Turki (3.4 peratus) dan Brazil (2.1 peratus).
Sungguhpun begitu, eksport getah asli tetap mencatatkan penurunan sebanyak 6.8 peratus kepada 47,682 tan pada Februari berbanding 51,160 tan pada Januari.
Klik di sini untuk terus membaca