SHAH ALAM - "Siapa sebenarnya yang panik sebenarnya? Saya atau Ku Nan (Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor)?" Itu respon bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berhubung... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - "Siapa sebenarnya yang panik sebenarnya? Saya atau Ku Nan (Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor)?"

Itu respon bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berhubung dakwaan beliau panik dan bimbang dipecat daripada UMNO berikutan tindakannya dikatakan lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini.

Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak tahu dan masih menunggu keputusan rayuan dibuat berhubung penggantungan keahlian UMNO dibuatnya kepada Jawatankuasa (JK) Rayuan Lembaga Disiplin, pada Ogos tahun lalu.

"Saya tidak tahu pun lagi apa keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin. Yang tahu mengenai keputusan ini adalah Ku Nan.

"Yang memaklumkan jawatankuasa bahagian dan membincangkan hal keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin ini sebagai salah satu topik dalam mesyuarat bahagian adalah Ku Nan.

"Yang membuat keputusan supaya UMNO Bahagian mencadangkan agar saya dipecat juga Ku Nan. Bukan saya," katanya kepada Sinar Premium.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, beliau mendapat maklumat mengenai pembincangan berhubung keputusan Jawatankuasa Rayuan Lembaga Disiplin dibincangkan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya daripada seorang rakannya yang turut menghadiri mesyuarat berkenaan pada Sabtu lalu.

"Sudah tentu saya mendapat maklumat ini daripada sejumlah Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Bukan semua AJK Bahagian yang bersetuju dan menyokong tindakan Ku Nan ini.

"Bukan saya yang menghubungi mereka, tapi mereka yang menghubungi saya. Saksi-saksinya ada.

"Dulu pun semasa buat aduan, mereka mengadu kepada saya mereka diberi tekanan untuk tandatangan surat aduan yang disediakan oleh UMNO Bahagian, bukannya mereka tandatangan secara rela," katanya.

CABAR BERSUMPAH

Dalam pada itu, Tun Faisal mencabar Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya supaya bersumpah bahawa isunya tidak dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian, pada Sabtu lalu.

"Saudara Hisamudin boleh buat sumpah muhabalah jika perkara ni tak benar. Saya nak dengar dia bersumpah mengatakan Ku Nan tidak membincangkan hal untuk memecat saya dalam mesyuarat bahagian.

"Seperti saya nyatakan sebelum ni, saya tak faham kenapa Ku Nan takut sangat dengan saya? Hanya orang yang takut sahaja yang menggunakan pihak lain untuk menggantung dan memecat orang lain," katanya.

Terdahulu, Sinar Premium melaporkan Mohd Hisamudin menggesa Tun Faisal supaya tidak menggelabah dan takut dipecat dari parti jika beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Klik di sini untuk terus membaca