[INFOGRAFIK] Kawasaki merupakan sejenis penyakit yang cederung menyerang kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah.
Ia bukan sesuatu yang baharu, namun menjadi perhatian ramai apabila Kementerian Kesihatan memberikan peringatan mengenainya pada Isnin.
Penyakit yang turut dikenali sebagai sindrom Kawasaki itu sebenarnya telah lama merebak ke seluruh dunia tapi penularannya lebih banyak dikesan di Hawai dan benua Asia.
Pakar Perunding Kanan Pediatrik yang juga Pakar Perunding Imunologi Klinikal dan Alergi di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Intan Hakimah Ismail berkata, Kawasaki melibatkan keradangan pada pembuluh darah.
Menurutnya, komplikasi penyakit berkenaan yang paling membimbangkan adalah keradangan arteri koronari yang boleh menyebabkan masalah jantung.
Justeru, ibu bapa di negara ini digalakkan mengambil langkah awal dengan membawa anak mereka berjumpa doctor sekiranya mempunyai gejala berkaitan dengan penyakit berkenaan.
Ini kerana Kawasaki berisiko menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak jika tidak diberikan perhatian dan rawatan segera.
Tambahan pula, penyakit tersebut dilaporkan sukar untuk didiagnosis kerana ia mempunyai gejala serupa dengan penyakit lain termasuk demam.
Klik di sini untuk terus membaca