[INFOGRAFIK] Pada Rabu, negara kita dikejutkan dengan insiden tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) lari dari Depot Imigresen Sementara Relau yang terletak di Bandar Baharu, Kedah. Insiden tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada Rabu, negara kita dikejutkan dengan insiden tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) lari dari Depot Imigresen Sementara Relau yang terletak di Bandar Baharu, Kedah.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi ketika orang ramai sedang menikmati sahur di rumah masing-masing.

Bagaimanapun, sebahagian besar daripada mereka berjaya ditahan semula dan ditempatkan di beberapa depoh tahanan imigresen di seluruh negara.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan, pihaknya masih mencari baki 130 tahanan warga Rohingya yang masih bebas.

Justeru, belia menasihatkan orang ramai agar melaporkan kepada polis jika terjumpa saki-baki tahanan imigresen tersebut.

Insiden tahanan PATI lari dari depot imigresen bukan baru pertama kali berlaku di negara kita.

Malah, ia telah direkodkan berlaku sebanyak sembilan kali sejak 1999 lagi.

Sementara kes terbaru melibatkan 528 tahanan Rohingya itu merupakan insiden atau kes yang ke-10 dicatatkan setakat ini.

Klik di sini untuk terus membaca