[INFOGRAFIK] Rusia kembali menarik perhatian dunia apabila negara itu mengumumkan ujian terbaru peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang dihasilkan iaitu Sarmat. Peluru berpandu itu dikatakan berkeupayaan tinggi kerana mampu... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Rusia kembali menarik perhatian dunia apabila negara itu mengumumkan ujian terbaru peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang dihasilkan iaitu Sarmat.

Peluru berpandu itu dikatakan berkeupayaan tinggi kerana mampu merentasi jarak mencecah belasan ribu kilometer selain membidik sasaran di mana-mana muka bumi yang dipetakan.

Malah, Sarmat atau ‘Satan 2’ yang mempunyai berat melebihi 200,000 tan itu mampu membawa peledak nuklear.

Lebih menggerunkan, peluru berpandu itu juga itu didakwa mampu memusnahkan apa sahaja benda hidup yang ada di atas muka bumi ini.

Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam satu siaran langsung sebuah stesen televisyen di negaranya baru-baru ini mengucapkan tahniah atas pelancaran peluru berpandu berkenaan.

Katanya, Sarmat merupakan senjata unik yang akan membantu memperkuatkan pasukan tentera Rusia, sekali gus menjamin keselamatan negara itu daripada ancaman luar.

"Sesiapa yang cuba bertindak agresif untuk mengancam negara kita pasti akan berfikir dua kali,” katanya.

Sementara itu, beberapa penganalisis barat berpendapat, ujian peluru berpandu dilakukan Rusia itu sekadar untuk menakut-nakutkan musuhnya.

Hakikatnya, mereka berkata, ancaman Sarmat terhadap Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya adalah rendah.

Menurutnya, Putin sebenarnya cuba untuk mencari alasan bagi menutup kegagalan mereka menduduki Ukraine.

Justeru, mereka cuba alih perhatian penduduk Rusia, terutamanya apabila kapal perang mereka iaitu Moskva karam di Laut Hitam baru-baru ini, tambah mereka lagi.

Sarmat diuji di sebuah pusat ujian peluru berpandu yang terletak di wilayah utara Rusia iaitu Arkhangelsk.

Peluru berpandu tersebut ditembak menerusi pelancar silo menghala ke tapak ujian Kura yang terletak di bahagian timur negara itu.

Klik di sini untuk terus membaca