Mungkin orang baca, nampak ada berlaku pembaziran dengan memperuntukkan belanja RM3,000 semata-mata untuk Hari Raya Aidilfitri minggu depan.
Sebenarnya, RM3,000 itu cukup molek berdasarkan belanjawan ‘orang rumah’ untuk enam sekeluarga Mat Taici termasuk belian sedikit kuih muih untuk ibu di kampung dan juga buat selenggara kenderaan sebelum pulang ke kampung di Kangar.
Kalau kira kos pergi balik, Mat Taici perlu sediakan sekurang-kurangnya RM160 untuk perbelanjaan tol. Belum lagi kos minyak dan juga kos perbelanjaan sampingan. Maklumlah, anak masih kecil dan cepat lapar.
Bukan mahu berkira tetapi kalau boleh Mat Taici tidak mahu usik duit baki RM7,000. Biarlah duit itu tersimpan rapi di ASB. Lagi pun sebelum pulang beraya, gaji bulanan juga sudah masuk.
Dalam duduk berkira-kira tentang keperluan yang belum lagi dibeli, bila terbaca pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi, Mat Taici menarik nafas lega.
Selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April 2022 dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei ini, Ismail Sabri menegaskan kerajaan bersetuju memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.
Langkah itu dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
Menurut beliau, secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun itu melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.
Pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara-Selatan dan LPT juga akan diberikan untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula pukul 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga pukul 11.59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.
Pada Mat Taici, apa yang diumumkan oleh kerajaan hari ini merupakan satu lagi hadiah buat rakyat yang sudah dua tahun tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman akibat Covid-19.
Jadi pada semua rakyat, ambillah kesempatan ini untuk pulang berhari raya dan jadikan Aidilfitri kali ini penuh ceria bersama keluarga tercinta.
Pss: Terkejut tengok duit dalam aplikasi Maybank tiba-tiba jadi kosong... Klik di sini untuk terus membaca