ALOR GAJAH - Hobi membuat pelita menggunakan buluh memberi limpahan rezeki buat pasangan suami isteri dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal di sini, sepanjang Ramadan ini. Nazri Md Yusoff, 41, dan isterinya, Kamsiah Khamis, 38,... Klik di sini untuk terus membaca

ALOR GAJAH - Hobi membuat pelita menggunakan buluh memberi limpahan rezeki buat pasangan suami isteri dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal di sini, sepanjang Ramadan ini.

Nazri Md Yusoff, 41, dan isterinya, Kamsiah Khamis, 38, mengusahakan pelita buluh sejak tahun 2014 sehingga mampu meraih jualan puluhan ribu ringgit.

Menurut Kamsiah, dia dan suami sebenarnya mengusahakan kedai makan ‘Warong Mak Ngah’ dengan pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, namun dengan adanya jualan pelita buluh, pendapatan mereka pada bulan puasa ini meningkat.

Pelita buluh LED yang pertama kali dijual pada tahun ini.

Kamsiah berkata, tempahan pelita buluh juga bertambah setiap minggu biarpun harga buluh pada tahun ini naik berbanding tahun lalu.

Katanya, seminggu sebelum Ramadan dia mula mendapat tempahan pelanggan.

Ujarnya, tahun ini mereka lebih teruja menyiapkan tempahan bukan sahaja pelanggan dari negeri lain seperti Perak, Kedah dan Johor, malah turut mendapat tempahan pelanggan dari Singapura dan Brunei.

"Alhamdulillah sepanjang Ramadan ini kami mendapat tempahan sehingga 1,200 batang pelita buluh dengan harga serendah RM15 hingga RM50 sebatang,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pada tahun ini Kamsiah turut membuat kelainan apabila pertama kali menghasilkan pelita buluh jenis LED selain pelita buluh tradisi.

Klik di sini untuk terus membaca