SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui parti itu masih mengharapkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ahmad Fadhli berkata, Muafakat Nasional (MN) mampu meneruskan kebersamaan dalam... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari mengakui parti itu masih mengharapkan kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahmad Fadhli berkata, Muafakat Nasional (MN) mampu meneruskan kebersamaan dalam politik antara kedua-dua parti sekali gus memaksimumkan kemenangan dan menafikan penguasaan Pakatan Harapan (PH).

"Bagaimanapun, pendirian pimpinan utama UMNO perlu diambil kira dalam mengatur strategi Pas.

"Justeru saya berpandangan kenyataan terbaharu Datuk Seri (Dr Ahmad Zahid Hamidi) Presiden UMNO merupakan satu kenyataan yang jelas, terang lagi bersuluh berhubung hala tuju kerjasama kedua-dua parti ini menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad Fadhli menambah, mesyuarat agung Pas di semua peringkat pada Mei ini harus dijadikan medium untuk jentera parti melontarkan pandangan, seterusnya diambil kira oleh pimpinan tertinggi sebelum merumuskan satu strategi dalam Muktamar Agung Pas Pusat tidak lama lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pendirian parti itu kekal seperti yang diputuskan oleh presiden serta para pemimpin di peringkat Pusat.

Katanya, dasar Pas ialah mahu perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu bagi mewujudkan kestabilan politik dengan dengan mengajak parti yang tidak ekstrem untuk bersama membentuk kerajaan yang stabil.

Klik di sini untuk terus membaca