[INFOGRAFIK] Ringgit dilaporkan terus merosot dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini. Nilai mata wang negara kita itu menyusut sehingga RM4.40 berbanding satu dolar AS pada Khamis. Bagaimanapun, kemerosotan nilai mata wang itu tidak... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Ringgit dilaporkan terus merosot dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.

Nilai mata wang negara kita itu menyusut sehingga RM4.40 berbanding satu dolar AS pada Khamis.

Bagaimanapun, kemerosotan nilai mata wang itu tidak hanya eksklusif kepada ringgit, sebaliknya turut melibatkan banyak lagi mata wang lain.

Antara mata wang lain yang turut terkesan seperti Yen, Yuan, Euro, Pound Sterling dan Swiss Franc.

Namun, penyusutan tersebut tidak bererti ringgit semakin melemah, sebaliknya dolar AS yang mengukuh, kata Ketua Pakar Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed.

Menurutnya, ramai pelabur beralih kepada mata wang utama dunia itu sebagai lindung nilai.

Katanya, pengukuhan dolar AS adalah sebahagian daripada langkah taktikal Rizab Persekutuan (Fed) untuk mengekang inflasi yang meningkat tinggi di negara itu.

Dalam pada itu, beliau melihat dolar AS akan kekal kukuh dalam tempoh dua bulan sebelum merosot, sekali gus akan memberi sokongan kepada ringgit untuk mengukuh semula pada separuh kedua 2022.

Klik di sini untuk terus membaca