[INFOGRAFIK] Dalam diam, rupa-rupanya Malaysia berjaya menarik banyak syarikat luar untuk melabur di sini. Dianggarkan, lebih 10 buah syarikat terkemuka dunia dari pelbagai negara berminat mengembangkan perniagaan mereka di negara kita. Hal... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Dalam diam, rupa-rupanya Malaysia berjaya menarik banyak syarikat luar untuk melabur di sini.

Dianggarkan, lebih 10 buah syarikat terkemuka dunia dari pelbagai negara berminat mengembangkan perniagaan mereka di negara kita.

Hal tersebut didorong oleh kejayaan Malaysia menarik lebih RM200 bilion pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan pada 2021 bagi sektor pembuatan dan pekhidmatan.

Menurut laporan Indeks Peluang Global (GIO) 2022 yang diterbitkan oleh Milken Institute, kejayaan tersebut secara tidak langsung telah menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara paling menarik di Asia Tenggara untuk melabur.

Tahun lalu, Malaysia menerima FDI tertinggi dalam sejarah walaupun dunia masih lagi terkesan dengan persekitaran yang mencabar susulan penularan Covid-19.

Sebanyak RM306.5 bilion pelaburan keseluruhan berjaya diraih dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM208.9 bilion diraih menerusi FDI manakala selebihnya berjumlah RM97.9 bilion diperoleh daripada pelaburan langsung domestik (DDI).

Kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian yang mengagumkan kerana sebelum ini FDI Malaysia dalam tempoh lima tahun tidak pernah mencecah RM100 bilion.

Lebih menarik, kejayaan tersebut juga berjaya meletakkan Malaysia sebagai ‘juara’ FDI tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN pada tahun lalu.

Menurut laporan GIO 2022 itu lagi, Malaysia berjaya mengatasi Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Walaupun gagal meyakinkan pemilik Space X, Elon Musk untuk melabur di sini, Malaysia masih lagi berjaya menarik ramai pelabur dari Amerika Syarikat (AS).

Antara syarikat yang bakal melabur di Malaysia ialah Amazon Web Service (AWS), Texas Instruments, Boston Scientific, Insulet dan Cue Health.

Usaha menarik pelabur AS itu dilakukan menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) yang diketuai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dianggarkan, sebanyak RM16.52 bilion pelaburan baharu bakal diperoleh daripada syarikat-syarikat yang dinyatakan itu tadi.

Justeru, Mohamed Azmin berharap usaha menarik pelabur-pelabur dari negara Uncle Sam itu dapat dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini.

Dalam pada itu, terdapat beberapa syarikat dari negara sama juga telah membuat keputusan untuk melabur di Malaysia.

Antaranya ialah Avanade, Ferrortec, TTM Technologies dan Indium Corporation.

Sementara syarikat seperti Hearshey’s, Sensata Technologies dan TF AMD pula telah menambah pelaburan mereka di negara kita.

Untuk rekod, AS adalah antara lima negara dunia yang menjadi peyumbang utama kepada FDI Malaysia pada 2020.

Klik di sini untuk terus membaca