SHAH ALAM - Selepas selesai pemilihan pucuk pimpinan parti, fokus kini tertumpu kepada jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang akan dipilih oleh perwakilan pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 pada 25 dan 26 Jun ini.... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Selepas selesai pemilihan pucuk pimpinan parti, fokus kini tertumpu kepada jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang akan dipilih oleh perwakilan pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 pada 25 dan 26 Jun ini.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menang besar jawatan timbalan presiden parti apabila menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, bagi jawatan MPP, trendnya juga akan sama iaitu ‘kem Rafizi’ turut akan mendominasi jawatan-jawatan lain dalam parti.

Sivamurugan Pandian

"Trend yang sama akan bersambung dan isyaratnya jelas di mana mereka (ahli PKR) mahukan pembaharuan.

"Saya rasakan mereka juga mahukan (satu pasukan) yang mantap. (Contohnya) tidak boleh satu daripada kem lain, satu lagi daripada kem lain.

"Jadi, barangkali kita akan melihat trend pengundian yang sama jika apa yang telah kita lihat ini dijadikan kayu ukur,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Bagi mengelakkan jurang dalam PKR, Sivamurugan menyatakan Saifuddin perlu diberikan satu jawatan dalam parti untuk membolehkannya terus menyumbangkan tenaga dan bakti.

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis pula berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan kuasa prerogatifnya dengan memberikan jawatan kepada mereka yang tewas dalam pemilihan kali ini.

Menurutnya, perkara seperti itu pernah berlaku dalam pemilihan PKR sebelum ini.

Mujibu Abd Muis
Klik di sini untuk terus membaca