SHAH ALAM - Gesaan terhadap bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selepas terpalit dengan isu integriti dilihat sebagai tindakan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Gesaan terhadap bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) selepas terpalit dengan isu integriti dilihat sebagai tindakan wajar.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, selaku pemimpin utama suruhanjaya yang memantau aduan orang ramai terhadap salah laku penguat kuasa, beliau seharusnya sedar semua tindakan yang dilakukan.

Ujarnya, tindakan Mohd Sidek seperti yang diakuinya sendiri sewaktu prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, jelas bercanggah dengan bidang tugasnya selaku pengerusi EAIC.

"Sekarang, beliau mengetuai satu badan bebas (tetapi nampaknya) tidak bebaslah (selepas terpalit dengan isu integriti). Jadi, kalau tanya kepada keseluruhan rakyat pun beliau (Mohd Sidek) mestilah seorang yang bersih.

"Justeru, apa yang perlu dilakukan beliau sekarang ini adalah lepas jawatan secara terhormat kerana ini memberi gambaran bahawa beliau ingin membersihkan namanya.

"Jika beliau terus pegang jawatan ini sekali pun orang akan tetap pertikai. Jadi, tindakan terbaik adalah beliau perlu lepaskan jawatan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau mengulas gesaan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof supaya Mohd Sidek yang terpalit isu elaun RM30,000 sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melepaskan jawatan sedia ada pada masa ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Shafie berkata, meskipun elaun yang diterima Mohd Sidek telah lama berlaku tetapi ia tetap satu kesalahan.

Jelasnya, integriti bukan sesuatu yang bermusim atau mengikut keadaan tetapi satu perbuatan yang patut dibanteras.

Klik di sini untuk terus membaca