[INFOGRAFIK] - Malaysia mencipta pencapaian baharu apabila jumlah perdagangan direkodkan pada 2021 melepasi angka RM2 trilion, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia. Menurutnya, pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan eksport sebanyak... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] - Malaysia mencipta pencapaian baharu apabila jumlah perdagangan direkodkan pada 2021 melepasi angka RM2 trilion, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia.

Menurutnya, pencapaian tersebut disumbangkan oleh peningkatan eksport sebanyak 26 peratus selepas dua tahun negara mencatatkan pertumbuhan negatif.

"Peningkatan tersebut dipacu oleh eksport yang lebih tinggi melibatkan semua negeri di Malaysia.

"Ia seiring dengan permintaan luaran yang lebih tinggi dari Amerika Syarikat (AS), China, Singapura, India dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, jumlah import Malaysia turut mencatatkan peningkatan sebanyak 23.3 peratus.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia lagi, peningkatan tersebut disebabkan import yang lebih tinggi oleh semua negeri kecuali Sabah dan Labuan.

"Import dicatatkan dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan dan Jepun,” katanya.

Berikut adalah data berkaitan eksport dan import mengikut negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2021.

Data tersebut merekodkan nilai eksport dan import tiga produk tertinggi dari setiap negeri bagi memenuhi permintaan luaran.

Klik di sini untuk terus membaca