[INFOGRAFIK] BEBERAPA bulan lalu, kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan negara itu muflis susulan bebanan hutang antarabangsa ditanggung berjumlah AS$51 bilion (RM215.7 bilion). Hal tersebut berlaku kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] BEBERAPA bulan lalu, kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan negara itu muflis susulan bebanan hutang antarabangsa ditanggung berjumlah AS$51 bilion (RM215.7 bilion).

Hal tersebut berlaku kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa sebelum ini telah kehabisan mata wang asing.

Atas sebab itu, Perdana Menteri baharunya, Ranil Wickremsinghe mengisytiharkan negara itu muflis!

Katanya, perkara itu mungkin berlarutan sehingga penghujung tahun depan kesan daripada krisis ekonomi terburuk dalam sejarah pernah dialami.

Negara yang dahulunya makmur itu juga kini berdepan dengan krisis kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan, lapor agensi berita CNA.

Bagaimanapun, Sri Lanka bukanlah satu-satunya negara yang berdepan dengan masalah muflis ekoran krisis ekonomi dihadapi.

Sebaliknya, terdapat lebih kurang 83 buah negara dilaporkan pernah muflis dalam tempoh 200 tahun.

Malah, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun, Jerman dan United Kingdom (UK) juga tidak terkecuali daripada terjerumus ke dalam senarai 'negara muflis' sebelum ini.

Rata-ratanya muflis kerana terbeban dengan hutang akibat peperangan dunia pertama dan kedua yang tercetus dahulu.

ERA MODEN

Berbeza dengan negara-negara maju yang disebutkan tadi, situasi muflis dihadapi Sri Lanka berlaku ketika dunia sedang mengecap era moden tanpa peperangan utama.

Masalah dihadapi Sri Lanka itu juga pernah membelenggu lima buah lagi negara lain sebelum ini iaitu Mexico, Argentina, Greece, Rusia dan Iceland.

Setiap satu negara tersebut diisytiharkan muflis selepas era 80-an ketika kebanyakan negara lain di dunia sedang sibuk mengukuhkan ekonomi masing-masing.

Mexico dilaporkan muflis selepas rizab antarabangsanya merosot, manakala Argentina pula jatuh muflis selepas pemerintahnya menambat mata wang Peso setara dengan Dollar AS sehingga menjejaskan ekonominya.

Rusia muflis disebabkan oleh mata wangnya iaitu Ruble merosot sehingga negara itu gagal membayar hutang antarabangsa manakala Iceland pula muflis kerana negara itu berdepan kejatuhan politik disebabkan oleh dasar pemimpinnya.

Sementara itu, Greece diisytiharkan muflis susulan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi kesan daripada peningkatan perbelanjaan kerajaan bagi penganjuran Sukan Olimpik 2004.

Namun, lima negara yang dinyatakan itu tadi berjaya bangkit dan menyelesaikan masalah dihadapi dalam tempoh beberapa tahun, sekali gus memberi pengajaran kepada negara lain supaya berhati-hati dalam menguruskan ekonomi masing-masing.

Klik di sini untuk terus membaca