SHAH ALAM – Dasar komersialisasi dan sistem kapitalis kerajaan bukan punca tanah rizab Melayu tergadai. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya berlaku disebabkan kerajaan tidak mengambil berat isu yang sudah... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – Dasar komersialisasi dan sistem kapitalis kerajaan bukan punca tanah rizab Melayu tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya berlaku disebabkan kerajaan tidak mengambil berat isu yang sudah sejak sekian lama itu.

"Kalau sedikit tidak mengapa, kalau perhatikan seluruh negara kita dapati isu ini menimbulkan masalah sosial dan jenayah,” katanya dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk ‘Mengapa Melayu Jual Tanah’ yang disiarkan di platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Tambah beliau, kapitalis cuma memberi kesan kerana mereka terlibat dengan perniagaan dan perusahaan yang mempunyai lebih banyak wang serta boleh beli tanah.

"Orang yang bukan kapitalis miskin dan tak boleh beli (tanah) sebaliknya mereka jual.

"Itulah yang berlaku bukan sistem kapitalis itu tetapi cara kita amalkan sistem kapitalisme. Kita lebih mudah menjual dari membeli kerana kita tiada wang cukup dan tidak usaha memperkayakan diri,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca