Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan tidak ambil berat punca tanah rizab Melayu tergadai
Artikel percuma

22 Julai 2022 10:54pm | Masa membaca: 4 minit
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM – Dasar komersialisasi dan sistem kapitalis kerajaan bukan punca tanah rizab Melayu tergadai.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sebaliknya berlaku disebabkan kerajaan tidak mengambil berat isu yang sudah sejak sekian lama itu.

“Kalau sedikit tidak mengapa, kalau perhatikan seluruh negara kita dapati isu ini menimbulkan masalah sosial dan jenayah,” katanya dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY bertajuk ‘Mengapa Melayu Jual Tanah’ yang disiarkan di platform Sinar Harian, pada Jumaat.

Tambah beliau, kapitalis cuma memberi kesan kerana mereka terlibat dengan perniagaan dan perusahaan yang mempunyai lebih banyak wang serta boleh beli tanah.

"Orang yang bukan kapitalis miskin dan tak boleh beli (tanah) sebaliknya mereka jual.

“Itulah yang berlaku bukan sistem kapitalis itu tetapi cara kita amalkan sistem kapitalisme. Kita lebih mudah menjual dari membeli kerana kita tiada wang cukup dan tidak usaha memperkayakan diri,” katanya.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan