SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemuda UMNO berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan tahun ini demi kepentingan rakyat yang bergelut dengan masalah ekonomi. Exco Pemuda UMNO, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pelaksanaan PRU15... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemuda UMNO berpendirian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan tahun ini demi kepentingan rakyat yang bergelut dengan masalah ekonomi.

Exco Pemuda UMNO, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pelaksanaan PRU15 itu tidak boleh dilengahkan lagi.

Beliau turut membidas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mahu PRU15 diadakan pada tahun hadapan.

"Ironinya Muda nak hak rakyat dibela pada hari ini tapi sanggup membiarkan rakyat terus lapar di luar sana dan mengikat perut sambil menanti parti mereka betul-betul bersedia untuk mengadakan pilihan raya pada tahun hadapan.

"Ini sesuatu yang tidak boleh diterima dan pada hemat saya Muda dan sekutunya PH perlu kita tolak pada PRU15," katanya pada Program Berani Semuka bertajuk 'PRU15: 2022 atau 2023?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian, pada Selasa.

Program tersebut turut menampilkan Ketua Penerangan Muda, Luqman Long selaku pendebat manakala Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bertindak sebagai moderator.

Faridzul Azlan berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) mahukan PRU15 segera diadakan juga bukan kerana kepentingan sendiri dan yakin boleh memenangi pilihan raya tersebut.

"Kalau untuk kepentingan sendiri kami sebagai peneraju kerajaan, Perdana Menteri adalah dari UMNO, sudah tentu mahu mengekalkan kuasa sehingga hujung penggal.

"Tetapi kerana kita nak menyerahkan semula mandat rakyat dalam keadaan yang stabil ketika ini," ujarnya.

Beliau menegaskan, UMNO dan BN hanya mahu rakyat mendapat satu kerajaan lebih stabil yang seterusnya dapat menjaga kemaslahatan mereka.

"UMNO sendiri berani untuk hadapi PRU15 tahun ini sebab rasa tak boleh tunggu tahun depan kerana ia sesudah berakhir pandemik dan kita masuk ke fasa peralihan endemik. Ini adalah fasa terbaik.

"Ini kerana keadaan ekonomi dunia sekarang telah terganggu dan kita tak tahu kestabilan itu akan kekal hingga tahun depan atau tidak," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca