SHAH ALAM - Majoriti produk inovasi dihasilkan universiti tempatan digunakan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) seperti sektor perkhidmatan makanan, kesihatan dan pertanian, kata Ketua Jabatan (Pembangunan Penyelidikan), Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Majoriti produk inovasi dihasilkan universiti tempatan digunakan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) seperti sektor perkhidmatan makanan, kesihatan dan pertanian, kata Ketua Jabatan (Pembangunan Penyelidikan), Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Norhadilah Abdul Hamid.

Beliau berkata, bagi penghasilan produk makanan, penggunaan mesin inovasi itu boleh dilihat antaranya dalam pembuatan roti canai, lemang, kerepek dan penghasilan santan kelapa sawit."Untuk perkhidmatan kesihatan pula, mesin inovasi itu digunakan untuk menghasilkan produk kulit, kacip fatimah dan minyak kelapa dara.

"Bagi pertanian, inovasi ini digunakan untuk penghasilan baja dan alatan mencantas seperti pengait buah kelapa sawit yang ringan,” katanya kepada Sinar Harian.

Norhadilah berkata, berbanding negara maju seperti Jepun, penyelidik di Malaysia ketika ini hanya mampu menghasilkan inovasi yang tidak kompleks dan radikal menyebabkan ia mudah ditiru.Tambahnya, perkara itu juga menyebabkan inovasi berkenaan gagal bersaing dengan produk luar termasuk barangan tiruan dari China yang dijual pada harga lebih murah.

Pada masa sama, beliau berkata, kekangan komitmen yang dialami penyelidik di universiti juga menyebabkan mereka gagal memberikan tumpuan penuh kepada proses pengkomersialan produk yang lazimnya memakan masa antara lima hingga 10 tahun.

Klik di sini untuk terus membaca