[INFOGRAFIK] Dua tiga hari ini, majoriti rakyat Malaysia fokus terhadap skandal enam buah kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kapal-kapal tempur tersebut sepatutnya disiapkan dan diserahkan secara... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Dua tiga hari ini, majoriti rakyat Malaysia fokus terhadap skandal enam buah kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kapal-kapal tempur tersebut sepatutnya disiapkan dan diserahkan secara berperingkat kepada TLDM dalam tempoh 10 tahun bermula dari 2019.

Bagaimanapun, Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan, tiada satu pun daripada LCS ditempah berjaya disiapkan walaupun sebanyak RM6 bilion telah dibelanjakan.

Hal tersebut telah menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat yang mengikuti skandal tersebut.

Masing-masing mahukan penjelasan tuntas berhubung skandal tersebut kerana ia melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar.

Rata-ratanya mahu tahu ke mana mengalirnya wang tersebut sehingga projek LCS yang diuruskan oleh syarikat perkapalan Boustead Naval Shipyard (BNS) itu gagal disiapkan.

Sebagaimana semua sedia maklum, wang bernilai RM6 bilion bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Sekiranya disalurkan untuk manfaat rakyat, wang tersebut boleh digunakan untuk menaik taraf jalan raya, baik pulih sekolah daif, bantu keluarga B40 dan beri makanan berkhasiat kepada murid sekolah.

Malah, jumlah tersebut juga boleh digunakan untuk membantu peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta penuntut universiti awam mahupun swasta.

Pendek kata, banyak perkara boleh dilakukan dengan jumlah wang sebanyak itu, terutamanya dalam usaha membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini.

Namun, perkara tersebut hanya akan terlaksana sekiranya semua individu yang diberikan tanggungjawab menguruskan dana negara bersikap jujur dan amanah.

Jika tidak, skandal seperti perolehan LCS ini akan berulang lagi, sekali gus menjejaskan pentadbiran negara dan merugikan rakyat yang membayar cukai.

Klik di sini untuk terus membaca