MUSIM kemarau berlaku akibat jumlah taburan hujan pada tempoh tersebut rendah terutama di kawasan tropika yang dipengaruhi sistem monsun. Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang tidak terkecuali berdepan musim kemarau yang... Klik di sini untuk terus membaca

MUSIM kemarau berlaku akibat jumlah taburan hujan pada tempoh tersebut rendah terutama di kawasan tropika yang dipengaruhi sistem monsun.

Malaysia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang tidak terkecuali berdepan musim kemarau yang dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan fenomena cuaca La Nina serta mungkin akan berterusan sehingga Oktober ini.

Sepanjang musim kemarau ini akan mengakibatkan tahap kelembapan yang rendah dan beberapa punca air serta sungai menjadi kering.

Keadaan kemarau akan memberi kesan kepada sektor hartanah pertanian, sekali gus menjejaskan jumlah pengeluaran hasil sumber makanan negara terutamanya tanaman padi, sayur-sayuran dan pelbagai tanaman kontan.

Selain itu, impak musim kemarau juga akan memberi kesan secara tidak langsung kepada hidupan liar yang berdepan kesukaran mendapatkan makanan.

Keadaan akan menjadi lebih serius pada musim kemarau di mana risiko berlakunya kebakaran terutama di kawasan hutan simpan dan jerebu akibat cuaca kering serta panas berpanjangan.

Bagi mengatasi masalah kemarau yang dihadapi para petani tempatan, beberapa langkah awal telah dilaksanakan untuk menyelamatkan tanah pertanian di kawasan terjejas dengan mengepam air yang dikitar semula dari sungai berhampiran ke kawasan tanah pertanian.

Bahan yang digunakan bagi tujuan operasi pembenihan awan ialah hygroscopic flare yang merupakan hablur garam Sodium Chloride (NaCl), bertindak sebagai Cloud Condensation Nuclei (CNN) bagi memastikan wap air di udara akan menjadi titisan air hujan.

TANGANI KEMARAU

Teknologi pembenihan awan ini dapat dilaksanakan melalui penjanaan di darat, penggunaan pesawat dan pelancaran roket.

Setiap operasi pembenihan awan menggunakan pesawat menelan belanja RM50,000 hingga RM80,000 bergantung kepada jenis pesawat yang digunakan.

Penggunaan teknologi roket bagi tujuan pembenihan awan di kawasan tanah pertanian adalah alternatif kepada penggunaan pesawat yang dapat menangani masalah kekeringan akibat kemarau.

Penggunaan roket secara pembenihan awan ini akan membantu petani untuk meningkatkan kadar kelembapan tanah dengan lebih cepat, selamat dan ekonomi.

Selain itu, ia juga berupaya untuk dilancarkan dan mengikut kesesuaian jarak dan luas kawasan yang disasarkan sebagaimana keperluan suatu kawasan terjejas berbanding penggunaan pesawat melibatkan kawasan sasaran luas dan kos yang agak mahal.

Makmal yang ditubuhkan melalui usaha sama dengan syarikat MTC Engineering ini bertujuan untuk membangunkan bahan propelan pepejal bertenaga tinggi serta bertindak sebagai makmal akademik untuk kegunaan para siswazah dan pelajar pasca siswazah (Sarjana dan PhD).

Makmal ini juga menjadi platform kepada program amali untuk pelajar dan program latihan industri dalam kalangan pensyarah universiti.

Semoga dengan adanya inisiatif teknologi pembenihan awam bagi sektor hartanah pertanian ini akan dapat memastikan sumber makanan negara terjamin untuk jangka masa panjang.

* Dr Siti Hafsah Zulkarnain ialah Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur UiTM Shah Alam

Klik di sini untuk terus membaca