SHAH ALAM - Cadangan melarang individu yang berdepan perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan wang di mahkamah daripada menjadi calon pilihan raya boleh dilakukan di peringkat parti masing-masing. Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Cadangan melarang individu yang berdepan perbicaraan kes rasuah dan penyelewengan wang di mahkamah daripada menjadi calon pilihan raya boleh dilakukan di peringkat parti masing-masing.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berpandangan, hal ini disebabkan untuk menggubal undang-undang atau akta di peringkat Parlimen dilihat sukar dilaksanakan kerana memerlukan persetujuan majoriti ahli Dewan Rakyat.

"Parti boleh melarang dengan meletakkan syarat kepada ahli yang ada kes mahkamah tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.

Sebelum ini media melaporkan, Dewan Ulama Pas mencadangkan kerajaan meminda undang-undang bagi melarang individu yang berdepan perbicaraan kes mahkamah berkaitan salah laku, penyelewengan dan rasuah untuk menjadi calon pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ini kerana pihaknya bimbang individu terlibat akan menggunakan kedudukan mereka untuk mengelak daripada dikenakan tindakan.

Dalam pada itu Mujibu berkata, sekatan tersebut juga dilihat tidak sesuai dilaksanakan kerana perbicaraan di mahkamah mengambil tempoh yang lama sebelum individu terlibat disabit kesalahan.

"Jadi dalam tempoh itu mungkin sukar untuk melarang pembabitan individu berkenaan tetapi secara literal, ia satu idea yang baik.

"Kalau tengok ada masih bertanding tetapi dalam konteks ini yang menunjukkan teladan baik ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kerana dengan sukarela menarik diri dari bertanding walaupun pada ketika itu mereka masih di peringkat perbicaraan.

"Mereka berdua tidak bertanding untuk mempertahankan Parlimen Pandan dan Batu kerana tidak mahu jadi liabiliti kepada parti jika disabitkan kesalahan nanti. Namun tidak ramai yang berjiwa besar nak buat begitu,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca