KUALA KRAI - Kenaikan harga lantai getah dilihat mampu meredakan ‘tekanan’ yang dihadapi oleh penoreh ketika berdepan kejatuhan harga komoditi itu.
Kenaikan tersebut juga boleh menjadi ‘penyelamat’ ketika penoreh berdepan Monsun Timur Laut yang menyebabkan mereka tidak dapat keluar mencari rezeki.
Penoreh getah, Donya Wook, 61, berkata, cadangan menaikkan harga lantai getah disifatkan sebagai salah satu usaha baik yang perlu diambil oleh kerajaan.
"Apabila ada harga lantai, kami penoreh tidak berdepan dengan kerugian yang teruk sekiranya harga getah di pasaran menjunam.
"Dengan adanya kenaikan ini dapatlah penoreh membuat tabungan untuk berdepan sebarang kemungkinan berlakunya kecemasan pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.Dia yang berasal dari Kampung Slow Mengkuang di sini berkata, kejatuhan harga getah sehingga mencecah RM1.20 sebelum ini meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.
Katanya, kejatuhan itu menyebabkan dia terpaksa ‘mengorek’ tabung bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Donya berkata, penoreh turut berharap kerajaan dapat mengekalkan bantuan sepanjang musim Monson Timur Laut.
Menurutnya, bantuan tersebut amat membantu sepanjang tempoh berkenaan di mana mereka tidak dapat keluar rumah untuk menoreh getah.
Klik di sini untuk terus membaca