SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Isu UMNO bergerak solo atau tidak sebenarnya tidak wujud kerana parti itu bergabung dengan parti lain. Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Chuan How berkata, soal sama ada UMNO atau DAP mahu bergerak... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Isu UMNO bergerak solo atau tidak sebenarnya tidak wujud kerana parti itu bergabung dengan parti lain.

Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Chuan How berkata, soal sama ada UMNO atau DAP mahu bergerak solo atau bergabung, isu itu sudah selesai.

Beliau berkataemikian pada program Berani Semuka ‘Solo atau Gabung Parti: Rakyat Dapat Apa?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program turut menampilkan panelis Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii manakala Ahmad Fahmi Mohd Samsudin bertindak selaku moderator.

Dalam pada itu, Chuan How berkata, PH menyokong pendekatan bergabung kerana DAP berada dalam gabungan Pakatan Harapan yang mengandungi empat parti iaitu DAP, PKR, Amanah dan UPKO.

"Untuk UMNO bergerak solo, sudah tentu ia berita baik sebab kami (DAP) nak mereka bergerak solo,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai negara-negara dunia yang mempunyai gabungan parti politik yang matang beliau berkata, parti politik di Malaysia harus mencontohi beberapa negara Eropah termasuk Asia seperti Korea yang mempunyai gabungan parti yang boleh merentasi ideologi politik masing-masing.

Klik di sini untuk terus membaca