SHAH ALAM - Penganalisis politik menyenaraikan beberapa tuntutan mengenai apa yang rakyat mahukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Penganalisis politik menyenaraikan beberapa tuntutan mengenai apa yang rakyat mahukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berkata, dalam konteks politik, kecenderungan utama kemahuan rakyat adalah sebuah kerajaan yang stabil.

Menurutnya, mengambil kira pengajaran daripada PRU14, rakyat pastinya sudah serik dengan ‘drama’ dan pergolakan politik negara sehingga berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri.

"Saya juga melihat keperluan sebuah kerajaan yang berintegriti dan menggunakan cukai rakyat untuk kesejahteraan rakyat.

"Pada masa sama, mereka mahukan pemerintah yang boleh menjamin kemakmuran ekonomi dan mengurus inflasi dengan efektif serta yang boleh mengurus defisit sosial, iaitu setuju untuk bersetuju dan setuju untuk tidak bersetuju dengan pendekatan aman,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beliau melihat rakyat mahukan kerajaan kepimpinan Melayu yang dapat memimpin pelbagai kaum secara perkongsian kuasa serta pemerintah yang memelihara Raja Berperlembagaan.

"Selain daripada itu, masalah korupsi yang semakin banyak dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin politik juga menyebabkan majoriti rakyat berkehendakkan pemimpin yang dipilih lebih bersih, cekap dan amanah,'' tegas beliau lagi.

Klik di sini untuk terus membaca