SHAH ALAM - Terdapat tujuh binatang liar yang popular dan mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai makanan eksotik di premis-premis restoran. Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Terdapat tujuh binatang liar yang popular dan mendapat permintaan untuk dihidangkan sebagai makanan eksotik di premis-premis restoran.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, binatang liar yang jadi sasaran penggemar makanan eksotik adalah babi hutan, biawak, ular sawa, landak, buaya, labi-labi dan katak.

Menurutnya, Perhilitan mengesan terdapat premis restoran yang beroperasi secara tidak sah dengan mendapatkan bekalan daripada pemburu haram.

"Premis haram ini dikesan tidak mendapatkan lesen meniaga hidupan liar daripada Perhilitan.

"Kita ada mengeluarkan lesen dan setakat ini terdapat 75 premis restoran yang memiliki lesen dari Perhilitan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Jelas beliau, lesen meniaga hidupan liar eksotik tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang mana pengeluaran lesen itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 9 Akta 716.

Beliau berkata, Perhilitan menerusi Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) di negeri dan daerah sentiasa menjalankan rutin pemeriksaan berkala ke atas premis peniaga-peniaga hidupan liar eksotik yang berlesen.

"Apa yang ditegaskan, peniaga hidupan liar eksotik perlu mendapatkan sumber daripada pemburu berlesen yang dikeluarkan oleh Perhilitan,” ujarnya.

Tegas Abdul Kadir, individu atau pihak yang menjalankan perniagaan binatang liar eksotik tanpa lesen daripada Perhilitan boleh didakwa di bawah Seksyen 63 (Akta 716) yang boleh didenda tidak kurang daripada RM30,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Justeru Perhilitan mengingatkan semua premis perniagaan dan restoran hidupan liar eksotik untuk mendapatkan lesen meniaga yang sah daripada jabatan bagi mengelakkan tindakan tegas undang-undang diambil,” kata beliau.

Klik di sini untuk terus membaca