[INFOGRAFIK] SELEPAS lebih kurang empat hari berteka-teki, Perak akhirnya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa pada Isnin.
Pembubaran tersebut dilakukan bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung pada pertengahan November ini.
Pembubaran dilakukan selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Susulan itu, hanya tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Perak akan mengadakan pilihan raya pada November ini serentak dengan PRU15.
Justeru, hanya 117 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRU15 ini.
Satu daripadanya adalah kerusi DUN Bugaya di Samporna, Sabah yang telah dikosongkan sejak dua tahun lalu selepas penyandangnya, Allahyarhamah Manis Muka Mohd Dara dari parti Warisan meninggal dunia pada 17 November 2020.
Untuk rekod, Perlis memiliki sebanyak 15 kerusi DUN makanala Perak dan Pahang masing-masing memiliki 59 dan 42 kerusi.
Klik di sini untuk terus membaca