SHAH ALAM - BN dijangka terus mendominasi sebahagian besar daripada 71 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus ke atas di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Malah, Pengarah Eksekutif, Pusat... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - BN dijangka terus mendominasi sebahagian besar daripada 71 kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu lebih 70 peratus ke atas di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, Pengarah Eksekutif, Pusat Kajian ILHAM Centre (ILHAM Centre), Hisommudin Bakar berkata, kajian mendapati BN akan menguasai kerusi majoriti pengundi Melayu jika corak sokongan dan pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Johor berkekalan hingga PRU15.

Tambah Hisommudin, jika trend sokongan pengundi pada PRN Johor dan Melaka tidak berubah, besar kemungkinan Pakatan Harapan (PH) kalah kepada UMNO dan Pas di kerusi majoriti Melayu lebih 70 peratus pada PRU15.

"Ini kerana kajian ILHAM Centre menunjukkan bahawa kemenangan PH di kerusi majoriti Melayu pada PRU14 disebabkan mereka bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Namun, sekarang ini Bersatu sudah menubuhkan Perikatan Nasional (PN) bersama Pas dan Gerakan.

"Jadi, saya melihat PH dan Gerakan Tanah Air (GTA) kini 'struggle' atau situasi amat sukar untuk mempertahankan kerusi Langkawi, Kubang Pasu dan Jerlun, pada PRU15 nanti," katanya kepada Sinar Premium.

Hisommudin berkata demikian ketika mengulas mengenai gabungan manakah yang bakal menguasai kerusi majoriti Melayu lebih 70 peratus semasa PRU15 susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu.

Dalam pada itu, menurut Hisommudin, secara dasarnya terdapat dua segmen pengundi muda iaitu mereka berusia 18 hingga 25 tahun dan pengundi berusia 26 tahun ke atas.

Beliau berkata, majoriti pengundi di kawasan majoriti Melayu akan memilih calon wakil rakyat sama ada untuk mewakili mereka di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen berdasarkan identiti parti, bukannya individu tersebut.

Katanya, berdasarkan kajian ILHAM Centre mendapati, kebanyakan golongan pengundi berusia 18 hingga 25 tahun yang masih tinggal bersama keluarga cenderung mengikut pilihan ibu bapa masing-masing.

"Golongan pengundi berusia 26 tahun ke atas pula akan membuat pilihan sendiri kerana kebanyakan mereka sudah berdikari, mempunyai kehidupan sendiri, matang dan tidak terikat dengan parti pilihan ibu bapa.

"Oleh kerana pengundi muda ini mewakili lebih separuh pengundi pada PRU15, maka memerlukan hanya 38 peratus sahaja jika mereka memilih untuk memberikan kemenangan kepada parti atau memilih seseorang calon menang sama ada kerusi Parlimen atau DUN nanti," katanya.

Klik di sini untuk terus membaca