SHAH ALAM - Pengarah Strategik KRA Group, Amir Fareed Rahim menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai pilihan raya 'TikTok' dalam mencapai pengundi atas pagar.
Menurut Amir, penggunaan media sosial memainkan peranan penting sebagai penentu untuk calon parti berkempen sekaligus meraih pengundi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.
"Sekarang tahun ini, pilihan raya pusingan kali ini kita melihat penggunaan TikTok itu sungguh besar sekali.
"Medium itu berubah-ubah tetapi penggunaan media sosial itu penting untuk calon mempromosikan diri tetapi ada batasnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Sinar Live bertajuk Persaingan Sengit, Pengundi Atas Pagar Macam Mana yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Isnin.
Hadir sama dalam program diacarakan oleh Hazwan Mokhtar dan Fahiz Ariff ialah Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar.
Beliau berkata, kandungan yang disiarkan perlu menarik dan mempunyai ‘wow faktor’ supaya dapat meraih perhatian pengundi yang menggunakan media sosial.
Menurutnya, terdapat tiga perkara yang dilihat pada calon parti iaitu integriti, idea dan ikutan (follower).
"Pengundi atas pagar biasanya akan melihat pada calon berbanding parti. Sebab itu, mereka tidak mengikut pada kepartian kerana mereka ikut pada calon.
"Mereka yang sudah mempunyai ‘follower’ (pengikut) di media sosial itu, mereka lebih senang kalau dinamakan sebagai calon untuk mendekati pengundi-pengundi atas pagar,” ujarnya.
Klik di sini untuk terus membaca