[INFOGRAFIK] Selesai sudah penamaan calon di 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di seluruh negara. Kini, setiap calon akan memulakan kempen selama 14 hari untuk merayu undi di kawasan ditandingi. Bagi yang bertanding di kubu kuat parti,... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Selesai sudah penamaan calon di 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN di seluruh negara.

Kini, setiap calon akan memulakan kempen selama 14 hari untuk merayu undi di kawasan ditandingi.

Bagi yang bertanding di kubu kuat parti, tentu tiada masalah untuk meyakinkan pengundi bagi memilih diri mereka sebagai wakil rakyat.

Tapi bagi calon yang bertanding di kerusi berisiko pula, kerja keras amat diperlukan untuk meyakinkan penduduk di kawasan ditandingi.

Berdasarkan data Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, terdapat lebih kurang 18 kerusi Parlimen dikenal pasti berisiko susulan majoriti tipis dimenangi oleh penyandangnya.

Kesemua kerusi tersebut mencatatkan majoriti kurang daripada 1,000 undi, sekali gus meningkatkan risiko kepada penyandangnya untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU15 ini.

Kerusi – kerusi tersebut berada di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Sabah mencatatkan paling banyak kerusi majoriti tipis iaitu lima, manakala Perak pula sebanyak empat.

Johor dan Sarawak masing-masing mencatatkan dua kerusi manakala Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor masing-masing memiliki satu kerusi.

Lapan daripada kerusi tersebut dimiliki BN manakala PN mempunyai enam kerusi dan PH, Warisan, PCS serta PSB masing-masing memiliki satu kerusi.

Kerusi paling berisiko dikenal pasti ialah P180 Keningau di Sabah yang mana penyandangnya daripada PN iaitu Jeffrey Kitingan hanya memiliki majoriti undi sebanyak 45.

Kerusi kedua paling berisiko pula ialah P42 Tasek Gelugor di Pulau Pinang yang mana penyandangnya daripada BN iaitu Shabudin Yahaya hanya memiliki majoriti undi sebanyak 81.

Pada 10 Oktober 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membubarkan Parlimen selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pada 20 Oktober 2022, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah telah mengadakan Mesyuarat Khas dan memutuskan satu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan bagi mengisi kekosongan 222 kerusi Parlimen dan 117 kerusi DUN melibatkan Perlis, Perak, Pahang serta DUN Bugaya di Sabah.

Sehubungan itu, SPR telah menetapkan 5 November 2022 sebagai hari penamaan calon, 15 November 2022 hari mengundi awal dan 19 November 2022 sebagai hari mengundi.

Bagi kerusi DUN yang dibubarkan pula, sebanyak 32 kerusi mejoriti tipis dikenal pasti berada di Perlis, Perak dan Pahang.

11 daripadanya berada di Perlis, 12 berada di Perak dan sembilan di Pahang yang mana BN memiliki 20 kerusi, PN (8), PH (3) dan Bebas (1) Kerusi dengan majoriti paling tipis berada di Perak iaitu DUN N47 Chenderiang yang disandang oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bekas Menteri Besar Perak itu hanya mampu meraih majoriti undi sebanyak 39 pada PRU14 lalu.

Kerusi DUN lain yang memiliki majoriti tipis ialah Selinsing (97), Simpang Empat (82), Sanglang (42), Tahan (69) dan Changkat Jong (67).

Klik di sini untuk terus membaca