SHAH ALAM - Walaupun masih tidak mencukupi dan perlu penambahbaikan, tawaran parti-parti politik dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menepati kemahuan mahasiswa di negara ini. Timbalan Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Walaupun masih tidak mencukupi dan perlu penambahbaikan, tawaran parti-parti politik dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menepati kemahuan mahasiswa di negara ini.

Timbalan Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas Universiti Malaya, Muhammad Iman Khidir Tarmidzi berpandangan, kandungan manifesto setiap parti politik berkaitan mahasiswa membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan kualiti pendidikan lebih baik.

"Secara keseluruhan manifesto yang ditawarkan setiap parti politik memberi impak positif selain mengambil kira apa yang diperlukan pelajar, antaranya pendidikan percuma kepada golongan B40 dan meningkatkan kualiti perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dalam kampus secara percuma.

"Perkara-perkara ini dapat meningkatkan mutu kualiti pendidikan pelajar selain memberi semangat kepada mahasiswa untuk bersungguh-sungguh dalam pembelajaran supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran, sekali gus mengangkat sektor pendidikan menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau sehubungan itu menyambut baik janji berkaitan pendidikan yang ditawarkan dalam manifesto parti-parti politik bertanding.

"Kita melihat tiga parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) menawarkan sesuatu yang sangat baik. Sebagai contoh, BN menawarkan pendidikan percuma kepada golongan B40 dan sistem pengajian anjal iaitu 50 peratus pengajian di kampus dan 50 peratus secara dalam talian, sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

"PH menyatakan pengampunan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersasar kepada pelajar B40 dan PN pula ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dalam kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) secara percuma seluruh negara,” ujarnya.

Klik di sini untuk terus membaca