TIDAK ada pilihan raya umum (PRU) yang sama. Setiap PRU ada sifatnya yang khususnya. Kali ini pertarungannya lebih sengit di sesetengah tempat oleh sebab individu yang bertanding. Siapakah yang pedulikan Parlimen Tambun sebelum ini? Tetapi... Klik di sini untuk terus membaca

TIDAK ada pilihan raya umum (PRU) yang sama. Setiap PRU ada sifatnya yang khususnya.

Kali ini pertarungannya lebih sengit di sesetengah tempat oleh sebab individu yang bertanding.

Siapakah yang pedulikan Parlimen Tambun sebelum ini? Tetapi kali ini, Tuk Seri Anwar pertaruhkan masa depan politiknya sebagai bakal perdana menteri di situ.

Siapakah yang kisah tentang Gombak, selama ini memang kubu kuat PKR dan PH?

Tapi kali ini, Gombak menyaksikan pertempuran antara Menteri Besar dengan mantan Menteri Besar Selangor.

Jikalau Khairy Jamaluddin (KJ) tidak bertanding di Sungai Buloh, tiada siapa yang beri perhatian pada tempat itu.

Pada pendapat Awang, selain drama pilihan raya di kawasan-kawasan tertentu, yang lebih penting pengundi mesti keluar mengundi.

Awang memang faham rakyat kecewa dengan orang politik dan keadaan politik.

Tapi Awang percaya 'mood' dalam PRU15 berbeza sangat. Ada yang kata tak lebih kocak air dalam cawan kopi.

Ada yang kata gelombang seperti PRU14 akan berulang. Ada yang kata banyaklah pemimpin tertinggi parti-parti utama akan tumbang.

Bagi Awang semua itu akan berlaku sekiranya pengundi keluar mengundi. Undi anda amat penting untuk masa depan negara.



Klik di sini untuk terus membaca