Sila log masuk terlebih dahulu.

Selamat memilih rakyat Malaysia!
Artikel percuma

19 November 2022 07:25am | Masa membaca: 4 minit
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya kelihatan membawa peti undi semasa melakukan persiapan akhir menjelang PRU15 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen  Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya kelihatan membawa peti undi semasa melakukan persiapan akhir menjelang PRU15 di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 Parlimen Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

TIDAK ada pilihan raya umum (PRU) yang sama. Setiap PRU ada sifatnya yang khususnya.

Kali ini pertarungannya lebih sengit di sesetengah tempat oleh sebab individu yang bertanding.

Siapakah yang pedulikan Parlimen Tambun sebelum ini? Tetapi kali ini, Tuk Seri Anwar pertaruhkan masa depan politiknya sebagai bakal perdana menteri di situ.

Siapakah yang kisah tentang Gombak, selama ini memang kubu kuat PKR dan PH?

Tapi kali ini, Gombak menyaksikan pertempuran antara Menteri Besar dengan mantan Menteri Besar Selangor.

Jikalau Khairy Jamaluddin (KJ) tidak bertanding di Sungai Buloh, tiada siapa yang beri perhatian pada tempat itu.

Pada pendapat Awang, selain drama pilihan raya di kawasan-kawasan tertentu, yang lebih penting pengundi mesti keluar mengundi.

Awang memang faham rakyat kecewa dengan orang politik dan keadaan politik.

Disyorkan artikel berkaitan ini:

Tapi Awang percaya 'mood' dalam PRU15 berbeza sangat. Ada yang kata tak lebih kocak air dalam cawan kopi.

Ada yang kata gelombang seperti PRU14 akan berulang. Ada yang kata banyaklah pemimpin tertinggi parti-parti utama akan tumbang.

Bagi Awang semua itu akan berlaku sekiranya pengundi keluar mengundi. Undi anda amat penting untuk masa depan negara.



Terkini
  1. [EKSKLUSIF] Bilik sempit sampai kena solat atas katil
  2. Pelajar IPTS, penghantar makanan majoriti penyewa
  3. [INFOGRAFIK] Lima projek impak tinggi NETR
  4. ‘ELINT’ tewas kepada 'HUMINT'
  5. Bilik satu depa bikin sesak dada
Artikel Berkaitan