[INFOGRAFIK] Penantian itu suatu penyiksaan, namun ia menjadi sesuatu yang manis apabila berakhir dengan kejayaan. Begitulah yang dilalui oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dilantik sebagai Perdana... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Penantian itu suatu penyiksaan, namun ia menjadi sesuatu yang manis apabila berakhir dengan kejayaan.

Begitulah yang dilalui oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November 2022.

Pelantikan beliau itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas Malaysia berdepan dengan situasi Parlimen tergantung selama lebih kurang lima hari.

Ia susulan tiada parti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berjaya meraih majoriti mudah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pada 20 November 2022.

Namun, PH merupakan blok yang memiliki kerusi terbanyak berbanding blok seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, kejayaan Anwar menuju ke Putrajaya bukan sesuatu yang mudah kerana beliau terpaksa menunggu lebih dua dekad untuk memegang jawatan berkenaan.

Sebelum itu, anak kelahiran Cherok Tok Kun ini terpaksa berdepan dengan dugaan yang amat dahsyat ketika beliau berada di puncak karier sebagai salah seorang tokoh politik tempatan.

Antara dugaan paling getir yang pernah dilalui oleh suami kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ini ialah meringkuk di dalam penjara.

Klik di sini untuk terus membaca