SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tidak akan mengurangkan inisiatif daripada Bajet 2023 yang telah diumumkan semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini. Penganalisis ekonomi dari Asia e... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tidak akan mengurangkan inisiatif daripada Bajet 2023 yang telah diumumkan semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Penganalisis ekonomi dari Asia e University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, ini disebabkan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Anwar turut dianggotai BN.

"Di samping itu, Perdana Menteri juga dijangka akan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu berdasarkan kepada manifesto Pakatan Harapan (PH). Jadi, ini adalah gabungan yang lama dan baharu.

"Perdana Menteri tidak akan mengurangkan kebaikan yang telah dijanjikan dalam Bajet 2023 itu, sebaliknya akan menambah baik," katanya kepada Sinar Ahad.

Shazali berkata, antara inisiatif Bajet 2023 yang akan dikekalkan dan mungkin ditambah baik oleh kerajaan baharu nanti ialah Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

"Paling penting, kenaikan gaji untuk perkhidmatan awam diluluskan segera. Itu tidak boleh tunggu dan perlu dipercepatkan supaya bayaran boleh dibuat,” ujarnya.

Shazali turut meramalkan diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 yang diumumkan sebelum ini mungkin akan dikekalkan.

"Bantuan persekolahan itu mungkin akan kekal atau ditambah jumlahnya,” ujar beliau.

Beliau juga menjangkakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500 akan mengalami penambahan selain adanya sedikit pelarasan.

"Ini akan dilihat semula agar diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan,” katanya.

Klik di sini untuk terus membaca