SHAH ALAM - Portfolio Menteri Kewangan wajar diasingkan daripada digalas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memberi tumpuan terhadap seluruh kabinet yang disifatkan sebagai ‘kabinet perang’ bagi proses pemulihan negara... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Portfolio Menteri Kewangan wajar diasingkan daripada digalas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memberi tumpuan terhadap seluruh kabinet yang disifatkan sebagai ‘kabinet perang’ bagi proses pemulihan negara akibat pandemik Covid-19.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, dengan pengasingan kuasa itu juga boleh mengelakkan wujud persepsi negatif dan dakwaan bahawa Anwar mengawal kementerian penting untuk menggunakan posisi tersebut sewenang-wenangnya.

Justeru, beliau berkata, jawatan bagi portfolio kewangan yang kini juga dalam keadaan kritikal perlu diberikan kepada seorang menteri yang boleh memberi tumpuan khusus untuk melakukan penambahbaikan.

"Bermaksud ‘kabinet perang’ untuk memulihkan ekonomi, keselamatan kesihatan, kebajikan dan pembangunan sosial rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

"Dengan menyerahkan kementerian tersebut kepada individu lain, Anwar dapat meringankan bebanan beliau kerana portfolio kewangan sangat kritikal ketika negara sedang berusaha ke arah proses pemulihan dan memerlukan seorang menteri yang boleh memfokuskan kerja untuk kementerian tersebut sahaja,” katanya kepada Sinar Ahad.

Pada Jumaat, Anwar dilaporkan belum membuat sebarang keputusan sama ada akan memegang portfolio Menteri Kewangan bagi mengecilkan saiz kabinet yang bakal dibentuknya, atau sebaliknya.

Anwar berkata, beliau akan melihat segala kemungkinan dan setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat mengenainya.

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata, jawatan tersebut wajar diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman."Saya berpandangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa) paling layak kerana beliau juga pernah menjadi menteri kewangan dan berpengalaman terlibat dalam pelbagai institusi korporat,” jelas beliau.

Klik di sini untuk terus membaca