[INFOGRAFIK] Selepas lebih kurang dua minggu menanti, senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya dimuktamadkan. Seramai 28 orang menteri dan 27 timbalan menteri telah dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu melicinkan tugasnya... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Selepas lebih kurang dua minggu menanti, senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya dimuktamadkan.

Seramai 28 orang menteri dan 27 timbalan menteri telah dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu melicinkan tugasnya untuk mentadbir negara.

Beliau melengkapkan kabinet tersebut selepas kurang lebih dua minggu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Secara amnya, seramai 55 individu telah dilantik bagi menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan.

49 daripadanya merupakan Ahli Parlimen yang memenangi kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) manakala selebihnya adalah senator yang dilantik.

Kesemua mereka terdiri daripada ahli parti politik daripada parti yang menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan kecuali Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar.

Beliau merupakan satu-satunya senator yang dilantik daripada kalangan profesional bagi menerajui portfolio berkenaan.

Berdasarkan Kabinet Kerajaan Perpaduan, setiap menteri dan timbalan menteri dilantik datang dari negeri yang berbeza.

Hampir setiap negeri mempunyai Ahli Parlimen yang dilantik bagi menganggotai kabinet kecuali, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Ini kerana parti yang bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen dipertandingkan di tiga buah negeri berkenaan pada PRU15.

Kabinet Kerajaan Perpaduan dianggotai oleh jemaah menteri dan timbalan menteri berbilang kaum.

Melayu merupakan kaum yang paling ramai menganggotai kabinet berkenaan diiukuti oleh Bumiputera Islam, Cina, Bumiputera bukan Islam dan India.

Situasi tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan Kabinet Kerajaan Perpaduan didominasi oleh menteri dan timbalan menteri beragama Islam dengan jumlah sebanyak 65 peratusan.

Bagi komposisi jantina pula, menteri dan timbalan menteri lelaki jelas mendominasi kabinet berkenaan dengan jumlah yang lebih besar berbanding wanita.

Klik di sini untuk terus membaca