[INFOGRAFIK] Hari ini, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.
Tragedi tersebut dilaporkan berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm pada jam 2.24 pagi.
Setakat jam 5.30 petang tadi, seramai 19 mangsa ditemukan terkorban manakala 14 lagi masih hilang.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Hisamuddin Termidi berkata, punca kejadian tanah runtuh itu dipercayai kerana kaki cerun lemah akibat aliran air di bawah tanah.
Berikutan itu, bahan homogen muka bumi disifatkan gagal bertahan dan turut runtuh, katanya.
"Berdasarkan pemerhatian awal kami, punca kejadian tanah runtuh ini disebabkan terdapat aliran ataupun alur air di bawah yang telah menyebabkan kaki cerun lemah.
"Keadaan ini sekali gus menyebabkan (tanah) di atas turun dan bahan homogen (tidak dapat bertahan) jatuh sekali,” katanya.
Sementara itu, negara mencatatkan kira-kira 13 tragedi tanah runtuh yang meragut nyawa dalam tempoh dua tahun bermula bulan Januari 2021 sehingga 2022, termasuk kejadian terbaru yang dilaporkan pada Jumaat.
Selain itu, terdapat juga beberapa insiden tanah runtuh yang meragut nyawa dan membahayakan penduduk pernah menggegarkan negara suatu ketika dahulu.
Klik di sini untuk terus membaca