[INFOGRAFIK] Pada Khamis, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Anak syarikat Permoddalan Nasional... Klik di sini untuk terus membaca

[INFOGRAFIK] Pada Khamis, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Anak syarikat Permoddalan Nasional Berhad (PNB) itu mengumumkan setiap pemegang unit ASB menerima agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen.

Di samping itu, syarikat berkenaan turut mengumumkan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.

Susulan itu, seramai 10.6 juta pemegang unit ASB mendapat manfaat daripada pengagihan pendapatan tersebut dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.9 billion.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Ariffin Zakaria, pengurus dana terbesar di Malaysia itu telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar.

Agihan pendapatan pada tahun ini bukanlah yang tertinggi malah ia juga bukan terdiri dalam kategori terendah pernah diumumkan oleh ASNB.

Berdasarkan data diperoleh, agihan terbesar pernah diberikan oleh ASNB dalam tempoh 22 tahun ialah pada 2007.

Ketika itu, agihan pendapatan diumumkan ialah sebanyak 8.00 sen seunit berserta dengan bonus tambahan sebanyak 1.00 sen seunit.

Sementara agihan pendapatan terendah dalam tempoh sama pula dikenal pasti diumumkan pada 2020 iaitu 3.50 sen seunit berserta bonus sebanyak 0.75 sen seunit.

ASB yang diperkenalkan pada 1990 berjaya mengubah landskap pelaburan untuk para pelabur Bumiputera di Malaysia.

Ia merupakan salah satu saham terbaik yang diuruskan oleh ASNB.

Dana dikumpulkan daripada pemegang unit amanah dilaburkan ke dalam saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia bagi menjana pendapatan.

Hasil keuntungan pelaburan tersebut kemudiannya diagihkan kepada pemegang unit amanah sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Berdasarkan Laporan Tahunan ASB 2021, dana yang dikumpulkan dilaburkan ke dalam lebih kurang 12 sektor perniagaan terdiri daripada perkhidmatan komunikasi, kewangan, utiliti, tenaga, hartanah, teknologi maklumat dan pasaran modal.

Dalam pada itu, laporan tahunan tersebut turut menyenaraikan 20 pelaburan terbesar ASNB dalam dalam pasaran saham-saham utama.

Klik di sini untuk terus membaca