SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengambil pendekatan menunggu data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuat keputusan berhubung gesaan menyekat kemasukan pelancong dari China ke Malaysia. Timbalan... Klik di sini untuk terus membaca

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengambil pendekatan menunggu data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum membuat keputusan berhubung gesaan menyekat kemasukan pelancong dari China ke Malaysia.

Timbalan Menterinya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, sebarang keputusan menyekat pelancong dari China susulan lonjakan ketara kes Covid-19 di negara itu akan dibuat berdasarkan data daripada KKM.

"Kita lihat bagaimana yang diputuskan KKM dan data yang kita terima. Setiap keputusan berdasarkan data yang diperoleh,” ujar Khairul Firdaus kepada Sinar Ahad pada Sabtu.

Terdahulu, China dilaporkan akan melonggarkan sekatan berhubung Covid-19 termasuk membuka semula sempadan negaranya pada 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ditutup akibat Covid-19.

Kesan langsung pembukaan sempadan negara itu akan membawa impak positif kepada sektor pelancongan Malaysia memandangkan pelancong China cenderung memilih negara Asia sebagai destinasi percutian.

Malah, kumpulan pelancong dari China juga merupakan pembelanja besar sekali gus menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Namun peningkatan kes Covid-19 di China yang menyaksikan sistem kesihatan negara itu berdepan tekanan kritikal menyebabkan sebahagian pemain sektor pelancongan menzahirkan kebimbangan berlaku penularan dalam skala besar sekiranya pelancong dari negara tersebut dibenar memasuki Malaysia.

Untuk rekod, beberapa negara termasuk India, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan perjalanan terhadap pelancong dari China susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu.

Klik di sini untuk terus membaca